1 MEI |
Lantikan Pn Lim Siew Bian selaku ’care-taker’ . |
2 MEI |
Guru Besar mula bertugas. |
25 MEI |
Sekolah menerima Sijil Akuan Penubuhan Sekolah Baru dari Jabatan Pelajaran Selangor. (JPNS/SPB/TDP/A252094/01/03/G(15)) |
MEI – JUN |
Perabot dan peralatan pejabat dan sekolah diterima. |
1 JUN |
En Azman Bin Ahmad, Penolong Kanan HEM, melapor diri.
En A Aziz Bin Suldi, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, melapor diri.
Pn Nurliza Binti Ismail, PT Perkhidmatan N17, dari SK Gombak Setia melapor diri.
Murid-murid dari sekolah-sekolah berhampiran mula melapor diri.
|
7 JUN |
Hemalatha A/P Arikrishnan, PAR N1 lantikan baru melapor diri. |
8 – 10 JUN |
Sepuluh orang guru mula melapor diri. |
9 JUN |
Sekolah diberi kod BBA 7239. |
10 JUN |
Semua kakitangan bermesyuarat kali pertama dengan Tn Hj Samuri, Penyelia Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.
Syarikat Pembersihan (Cekal Bersih) mula membersihkan sekolah untuk hari pertama persekolahan.
Syarikat Keselamatan (Pusaka Watan) mengambil alih tugas keselamatan daripada pemaju.
|
14 JUN |
Hari pertama persekolahan. Guru Besar, 2 orang penolong kanan, 10 orang guru ,2 kakitangan pejabat dan 169 orang murid.
YB Muhammad Bushro, ADUN Paya Jaras melawat sekolah dan meluluskan peruntukan membina tangga untuk murid-murid berjalan kaki ke sekolah dari rumah pangsa Desa Satu.
|
15 JUN |
Seorang guru GSTT melapor diri. |
30 JUN |
Sekolah mendapat kelulusan pindaan nama sekolah daripada SK Desa Aman Puri (SKDAP) kepada Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri (SKDA). |
3 JULAI |
Mesyuarat penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Dirasmikan oleh YB Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras.
Encik Manjit Singh dilantik sebagai Yang DiPertua PIBG yang pertama.
|
19 OGOS |
PIBG SK Desa Amanpuri didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Selangor.
Nombor pendaftaran : SEL:1062
|
19 OGOS |
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak memberi kelulusan penggunaan lencana sekolah, lagu sekolah (Gemilang dan Terbilang) dan bendera sekolah |
30 OGOS |
Sambutan Hari Kemerdekaan pertama kali. Pentadbir, guru-guru dan staf sokongan mengecap warna biru, murid-murid warna merah dan pekerja swasta, pekerja kantin dan kedai buku warna kuning. |
4 OKT |
Jabatan Pelajaran Selangor meluluskan pendaftaran lencana dan lagu sekolah (JPNS/SPS/PPN/A25090/06/08/Jld.2(70)). |