STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR
- Sistem Pendaftaran Pelajar.
- Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1.
- Hari pendaftaran murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.
- Ibu bapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari pendataran.
- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
- pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid
- Pengagihan buku teks
- Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga
- Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.
- Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.
- Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.
- Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
- Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher.
- Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun empat hingga tahun enam.
- Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa.
- Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
- Pencalonan oleh guru kelas.
- Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
- Kursus pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
- Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
- Majlis watikah perlantikan
- Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.
- Pelaksanaan Program-Program Kesihatan.
- Memastikan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat pelaksanaannya seperti berikut :
- bilangan murid yang terlibat.
- Pemilihan murid yang tepat.
- Penyediaan menu yang berkhasiat.
- Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :
- Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera
- Berinteraksi dengan kawan-kawan.
- Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
- Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses.
- Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
- Pemeriksaan mata.
- Pemeriksaan gigi.
- Pemeriksaan kuku dan rambut.
- Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.
- Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
- Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
- Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti
- Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
- Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.
- Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
- Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
- Gotong-royong.
- Mengutip sampah dan masukkan ke dalam tong sampah secara spontan apabila menjumpainya.
- Tidak membuang sampah merata-rata.
- Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.
- Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil.
- Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
- Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.
- Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.
- Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
- Sesi kaunseling Individu
- Sesi kaunseling kelompok
- Lawatan khas guru kaunseling ke rumah
- Kem Jati diri
- Pelaksanaan modul-modul dalam Program Sekolah Selamat.
- Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
- Mengadakan sesi ceramah daripada pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
- Keselamatan jalan raya.
- Jenayah juvana
- Pertolongan cemas
- Penyalahgunaan dadah.
- Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.
- Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak seperti :
- Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
- Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar
- Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
- Menyertai pertandingan sukan dan permainan.
- Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :
- Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan.
- Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen
- Program Bersama Keluarga.