Sekapur Sireh PK Hal Ehwal Murid

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, laman web rasmi SK Desa Amanpuri telah dapat disiapkan dengan sempurna. Terlebih dahulu, tahniah dan jutaan terima kasih saya ucapkankan kepada Jawatankuasa ICT 2021 yang telah bertungkus lumus menyiapkan laman web ini.

Berlabuhnya tirai 2020 menyaksikan pelbagai tindakan telah berjaya dilaksanakan untuk penambahbaikan dan perubahan yang melibatkan keberkesanan kualiti kerja terhadap kawalan mutu kerja di sekolah dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan ini. Transformasi bermula dari dalam bilik darjah menjadi fokus pihak sekolah untuk mengekalkan matlamat asas iaitu melahirkan modal insan kelas pertama dan membentuk generasi rabbani. Pada masa kini, modal insan yang berkualiti dari segala aspek menjadi prasyarat utama kepada kejayaan untuk meningkatkan imej sekolah sekaligus mampu membentuk masyarakat yang bertamadun seiring dengan perkembangan semasa. Sememangnya produktiviti yang didasari dengan kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecemerlangan dari segi kemahiran, kecekapan, dan keberkesanan di sekolah khususnya dan institusi pendidikan amnya.

Akhir kata, saya mendoakan, semoga warga SK Desa Amanpuri, akan bergerak secara proaktif, berfikir secara kreatif, dan inovatif serta bertindak dengan komited dan penuh kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2021 ini. Doa dan harapan saya agar kita semua warga SK Desa Amanpuri dapat bekerja sebagai satu pasukan yang utuh demi mencapai kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya aspek kemenjadian murid. Insya-Allah.

Pn Hjh Aniza bt Kamaruddin,
Penolong Kanan HEM,
SK Desa Amanpuri