Sekapur Sireh PK Pentadbiran
Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKDA mesti bekerja kuat dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik. Justeru itu, semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21. Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi dalam kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat “Melestarikan Pendidikan Terbilang”. Sejajar dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, diharapkan semua guru dapat memaksimumkan penggunaannya di dalam bilik darjah demi meningkatkan kecemerlangan murid-murid. Selamat Maju Jaya. JUNAIDA BINTI ISMAIL Kurikulum
Dokumen Popular
PELAN STRATEGIK SEKOLAH 2021 - 2025 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK 2021 PERJALANAN TERAKHIR KE SYURGA ABADI Sejarah Penubuhan Sekapur Sireh dari Guru Besar Program Transformasi Sekolah 2025 Logo Sekolah Selamat Datang Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Piagam Sekolah |