RASIONAL LOGO
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI
Bulatan sebagai latar belakang menggambarkan bahawa kejituan dan kemantapan serta matlamat murni institusi ini untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan gemilang dalam akademik.
- Kewujudan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan yang perlu ada pada setiap jiwa murid di sekolah ini dalam memupuk semangat nasionalisme, jati diri dan cintakan negara.
- Buku yang sedang terbuka itu juga menggambarkan tersembunyi 1001 rahsia kejayaan dan ilmu yang harus diteroka oleh murid-murid. Ia juga memfokuskan bahawa hanya buku dan bahan bacaan sahaja dapat menjamin pengasuhan minda dan jiwa murid.
- Sehelai bengkung yang digunakan oleh para pendekar di zaman silam memaparkan keperkasaan dan keberanian dalam menempuh cabaran dan dugaan diiringi dengan cogan kata Gemilang dan Terbilang
- Bulatan sebagai latar belakang diadun dengan segi tiga berwarna kuning serta peralatan sains memberikan gambaran mengenai mata pelajaran Sains dan Matematik.
- Perkataan Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri yang melengkung menyerupai bumbung menggambarkan bahawa institusi pendidikan ini memberikan jaminan tentang kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan di sini.
- Warna merah yang membayangkan semangat yang berkobar-kobar yang ada pada pelajar sebagai memenuhi tanggungjawabnya kepada negara.
- Warna biru menggambarkan kesepaduan di antara guru, pelajar dan kakitangan yang perlu ada untuk menikmati kejayaan.
- Warna kuning menggambarkan Sistem Beraja yang diamalkan di negara ini.