Sekapur SIreh PK Kokurikulum

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana warga Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri sentiasa berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti dan program di bawah Unit Kokurikulum. Tujuan utama Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri ialah membina disiplin, keyakinan diri, daya kepimpinan, keaktifan dalam bidang sukan dan koakademik dalam kalangan murid. Unit Kokurikulum telah mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang disasarkan oleh Unit Kokurikulum iaitu peningkatan peratus kehadiran murid sehingga 80% pada tahun 2020 bagi aktiviti kokurikulum.

Namun begitu, Unit Kokurikulum dengan komitmen rakan pentadbir dan guru-guru meletakkan harapan yang tinggi bagi mengekalkan peningkatan kehadiran murid ke aktiviti Kokurikulum ini. Seterusnya, meningkatkan pencapaian dan penglibatan murid dalam semua program yang dianjurkan di peringkat sekolah , daerah dan seterusnya. Di samping itu, aktiviti yang disarankan di bawah Unit Kokurikulum juga akan memberi ruang bagi membina hubungan silaturahim di antara murid dan guru serta guru dan guru.

Saya yakin dengan adanya kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri maka semua aktiviti di bawah Unit Kokurikulum dapat dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Pengurusan Kokurikulum sekolah ini akan berada pada tahap yang baik dan terus cemerlang pada masa akan datang.

Dengan adanya kesepaduan daripada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid, saya menaruh harapan dan berkeyakinan tinggi agar Unit Kokurikulum sekolah ini dapat membantu Unit Kurikulum dan HEM dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekian, terima kasih

Kokurikulum Memacu Kecemerlangan Murid

MARZUKI BIN ISMAIL
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Desa Amanpuri