PERJALANAN TERAKHIR KE SYURGA ABADIPerjalanan terakhir manusia sebelum menjejakkan kaki ke dalam syurga ialah titian atau jambatan yang di bentangkan di atas neraka jahannam. Senang atau mudahnya perjalanan tersebut bergantung kepada bagaimana pilihan perjalanan hidup kita sewaktu hidup di dunia. Apakah kita memilih petunjuk Allah iaitu jalan yang lurus ( agama) atau jalan yang bengkok ( jalan ikut syaitan dan hawa nafsu). Kewujudan Sirat adalah akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah secara ijmak, namun tidak semua membahaskannya secara detail. Ramai ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang membincangkan tentang Sirat mentakrifkan Sirat sebagai: جسر ممدود على متن جهنم يرده الخلق كاÙØ© أدق من الشعرة وأØد من السي٠“ Sebuah jambatan yang terbentang di atas perut neraka Jahannam, yang akan dilalui oleh seluruh makhluk, ia lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang”. Sirat Itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang Adapun jambatan itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang (أَدَقÙÙ‘ Ù…Ùنْ الشَّعْرَة٠وَأَØَدÙÙ‘ Ù…Ùنْ السَّيْÙÙ), Diriwayatkan oleh Abu Hurairah : ÙˆÙŽÙŠÙضْرَب٠جÙسْر٠جَهَنَّمَ قَالَ رَسÙول٠اللَّه٠صَلَّى اللَّه٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ ÙÙŽØ£ÙŽÙƒÙون٠أَوَّلَ مَنْ ÙŠÙجÙيز٠" Dan diletakkan jambatan Jahannam, Rasulullah SAW bersabda: Akulah orang yang mula-mula akan melintasinya ...". Imam al-Bukhari juga meriwayatkan hadis lain Abu Hurairah: ÙَيَدْعÙوهÙمْ ÙÙŽÙŠÙضْرَب٠الصÙّرَاط٠بَيْنَ ظَهْرَانَيْ جَهَنَّمَ ÙÙŽØ£ÙŽÙƒÙون٠أَوَّلَ مَنْ يَجÙوز٠مÙنْ الرÙّسÙل٠بÙØ£ÙمَّتÙÙ‡Ù Allah kemudian memanggil mereka, lalu dibentangkanlah Sirat di atas neraka Jahannam. Maka akulah orang pertama yang akan melewatinya dari kalangan para rasul bersama umatnya ...”. Abi Said Al-Khudri r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang” (Hadis Riwayat Muslim) 10 golongan Keadaan manusia mukmin semasa melintasi titian tersebut adalah seperti berikut:
Kumpulan ke 7 hingga 10 Kumpulan ke 7 ialah melintasi dengan keadaan kerap berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat akibat dari dosa-dosa yang dilakukan sewaktu hidup di dunia dulu dan tidak bertaubat lalu terpikul di atas belakang mereka. Nabi berhenti di atas Sirat dan apabila Nabi melihat seorang dari umatnya bergayut pada Titian , maka baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan ke 8 melintasi dengan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk amalan, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad!” Nabi bersabda: “Allah! Selamatkan mereka! Allah! Selamatkan mereka!” Kumpulan ke 9 dan ke 10 iaitu mereka tertinggal di atas Titian yang bagai rambut dibelah tujuh itu sambil menahan kepanasan julangan api neraka yang sedia menunggu di bawah mereka dan tidak dibenarkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa besar mereka yang terlalu banyak. Berdasarkan amalan Setelah manusia melepasi masa di Padang Mahsyar iaitu hisab ( perkiraan amal manusia), setiap mukmin akan melalui titian ini yang dibentangkan di atas neraka jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai berdasarkan kadar keimanan mereka. Manusia pertama yang akan melintasi titian Sirat itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. dan diikuti oleh umatnya. Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan!” (Hadis Riwayat Bukhari ) Dalam sebuah hadith panjang riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah telah bersabda: “Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan.” Lalu Rasulullah s.a.w bertanya: “Pernahkah kamu melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah.” Baginda s.a.w menyambung: “Sesungguhnya pengait itu seperti duri pokok Sa’dan, namun hanya Allah yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.” Suasana pada ketika itu amat mengerikan di mana suara manusia berteriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah Sirat yang sedia menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak putus-putus Rasulullah s.a.w dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia dengan katanya: “Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan.” Dari Abu Said al-Khudri,Nabi s.a.w bersabda: “Ia ( Sirat) ialah sebuah jalan yang sangat licin, sukar sekali untuk kaki berdiri di atasnya.” (Hadis iwayat Muslim ) Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyimpulkan bahawa: والصراط منصوب على متن جهنم وهو الجسر الذي بين الجنة والنار يمر الناس على قدر أعمالهم Ùمنهم من يمر ÙƒÙ„Ù…Ø Ø§Ù„Ø¨ØµØ± ومنهم من يمر كالبرق ومنهم من يمر ÙƒØ§Ù„Ø±ÙŠØ ÙˆÙ…Ù†Ù‡Ù… من يمر كالÙرس الجواد ومنهم من يمر كركاب الإبل ومنهم من يعدو عدوا ومنهم من يمشي مشيا ومنهم من يزØ٠زØÙا ومنهم من يخط٠خطÙا ويلقى ÙÙŠ جهنم . Ùإن الجسر عليه كلاليب تخط٠الناس بأعمالهم Ùمن مر على الصراط دخل الجنة Ùإذا عبروا عليه وقÙوا على قنطرة بين الجنة والنار Ùيقتص لبعضهم من بعض Ùإذا هذبوا ونقوا أذن لهم ÙÙŠ دخول الجنة“As-Sirat dibentangkan di atas neraka jahannam, ia adalah titian di antara syurga dan neraka. Manusia melaluinya (meniti di atasnya) bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, di antara mereka ada yang melaluiya sepantas kerdipan mata, ada yang melaluinya seperti kilat, ada yang melaluinya selaju angin, ada yang melaluinya seperti larian kuda, ada yang melaluinya seperti menunggang unta, ada yang melaluinya dengan berlari, ada yang melaluinya dengan berjalan, dan ada yang melaluinya dengan merangkak. Di antara mereka ada yang disambar lalu dilemparkan ke dalam jahannam, kerana di titian tersebut terdapat besi pengait yang menyambar manusia bersesuaian dengan amalnya. Sesiapa yang berjaya melepasi titian siraath, dia masuk syurga. Apabila mereka telah melaluinya, maka mereka berhenti di jambatan di antara syurga dan neraka, lalu dilaksanakan qishos dari sebahagian untuk sebahagian yang lain. Apabila mereka telah disucikan dan dibersihkan, mereka diizinkan masuk syurga.” (al-Aqidah al-Wasithiyah) Ùيمر المؤمنون كطر٠العين وكالبرق ÙˆÙƒØ§Ù„Ø±ÙŠØ ÙˆÙƒØ§Ù„Ø·ÙŠØ± وكأجاويد الخيل والركاب Ùناج مسلم ومخدوش مرسل ومكدوس ÙÙŠ نار جهنم“Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, dan ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada juga yang dicarik-carik lalu dilepaskan dan ada pula yang terjatuh ke dalam neraka Jahannam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis Ahmad daripada Aisyah r.ha, Rasulullah s.a.w menggambarkan bahawa sifat titian itu adalah lebih nipis dan halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.. Orang-orang kafir samada musyrik, penyembah berhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dihumban ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu neraka jahannam bagi mereka. Dalam Surah az-Zumar ayat 71 menjelaskan: “Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya”. “Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka”. (Surah Al-Hijr-44). Nabi Muhammad berdiri di tepi Sirat seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan” Jambatan yang menghubungkan Padang Mahsyar dengan Syurga, menurut keterangan sahabat Abu Said, "Jambatan ini lebih kecil dari rambut dan lebih tajam dari pedang." Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan Sirat yang berada di atas neraka, iaitu jambatan yang terletak ditengah neraka jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai 7 perhentian (pos), yang setiap perhentian jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa menaik yang tinggi, seribu tahun mendatar, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Ia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam dari pada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap perhentian mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang hujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah. Selama perjalanan di sirat, setiap seorang hamba akan ditanyakan tentang apa sahaja yang telah dia kerjakan selama hidupnya. Pertanyaan disetiap pos adalah seperti berikut:
Jika seorang hamba berjaya menjawab dari semua persoalan-persoalan tersebut maka dapatlah ia meneruskannya , jika tidak, maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka. Dalam suatu riwayat diceritakan: Sesungguhnya ketika manusia melewati jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada diatas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka.
Sedangkan api neraka itu sentiasa membakar tubuhnya,dimulai dari kulit sehingga ke dagingnya, sehingga orang yang melalui jambatan itu bagaikan arang yang hitam, kecuali orang-orang yang selamat dari api neraka. Sebahagian daripada mereka pula ada yang melalui neraka tanpa disertai rasa takut terhadap apapun dari kesukaran dan tidak pula merasakan panas, sehingga ia berkata pada akhir perjalanannya: "Dimanakah jambatan itu ?" Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan Allah ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal dan haram, maka sirat yang akan dilaluinya menjadi sempit dan sukar untuk dilalui. Mereka akan tergelincir dari titian tersebut, lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka Jahannam. Umat ​​Nabi Muhammad s.a.w diseruAllah s.w.t menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk diperiksa dan lintaskan mereka pada Titian Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 5000 tahun perjalanan.” Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, dan ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada juga yang dicarik-carik lalu dilepaskan dan ada pula yang terjatuh ke dalam neraka Jahannam.” ( riwayat Bukhari dan Muslim) Malaikat Malik berdiri di pintun neraka dan menyatakan kepada nabi s.a.w : “Wahai Muhammad! Siapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah maka dia akan selamat. Jika sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!” Nabi Muhammad s.a.w menyatakan kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! dengan izin Allah ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya daripada umat Nabi Muhammad s.a.w . Umat ​​Nabi Muhammad s.a.w telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad s.a.w mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku pada Titian Sirat ini!” Nabi Muhammad s.a.w melintasi Siratul Mustaqim bersama orang-orang yang soleh di antara yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera Baginda mendekati pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan suara tangisan mereka. Rasulullah bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka.” Nabi bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.” Nabi memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan tetap di dalam rumah-rumah mereka.Rasulullah s.a.w pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas titian sirat. Diantaranya adalah:
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu ialah melakukan dosa-dosa besartermasuklah memaki hamun dan membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin. Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.” Kesimpulannya ialah keadaan manusia yang memilih jalan hidup yang bagaimana di dunia, adalah gambaran perjalanannya di akhirat kelak samada mudah ataupun sebaliknya. Maka terpulanglah kepada kita jalan mana yang hendak dipilih. Wallahualam. Disediakan oleh: Ustaz Khairuddin Bin Haiyon Surau Al-Amaniah
PERJALANAN TERAKHIR KE SYURGA ABADI Hari Kiamat Hebatnya Ramadan Ramadan: Bulan Kesabaran BINGKISAN BUAT MEREKA YANG AMAT TERTEKAN HINGGA BERCADANG MEMBUNUH DIRI Ini Doaku oleh Senator Dr Zulkifli Al-Bakri Fiqh Covid-19 oleh Senator Dr Zulkifli Al-Bakri Majalah Ramadanku Siri 2 Majalah Ramadanku Siri 1 |