Selamat Datang Pengarah Pendidikan Negeri Selangor

31 Mei 2021 (Isnin) telah berlangsungnya satu  Sesi Selamat Datang YBrs. Puan Hajah Anismah binti M. Noh , Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi menyambut kedatangan Puan Pengarah pada hari pertama perkhidmatan beliau di JPN Selangor. Pada hari tersebut sesi bergambar di lobi utama dan sesi ramah mesra bersama semua Timbalan Pengarah diadakan sejurus selepas urusan mengetip kad perakam waktu. 

Selepas itu satu perjumpaan Puan Pengarah bersama- sama YBrs. Tuan Haji Izmi bin Haji Ismail serta semua Timbalan Pengarah JPN Selangor  diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Pada perjumpaan itu, Nota Serah Tugas Pengarah telah bertukar tangan dan diakhiri dengan doa penutup. 

Usai sesi tersebut , Puan Pengarah meneruskan sesi Perjumpaan Bersama Timbalan Pengarah , Ketua Sektor JPN Selangor, dan KPPD secara maya. Sesi diakhiri dengan lawatan Puan Pengarah ke setiap sektor.