Program Transformasi Sekolah 2025MAKSUD PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25?Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM. Manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/201 7 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini. Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada 232 personel dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pada tahun 2017 hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah IAB, Pensyarah IPG, S/Partners+ dan SISC+ berjumlah 1886 orang. Menjelang tahun 2021pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PUNCA KUASA
MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)Matlamat Program TS25 adalah untuk: 2.1. Kepimpinan : 2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran; 2.3. Penglibatan Komuniti; OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)Objektif utama Program TS25 adalah untuk: 3.1. Mengaplikasi kansep dan amalan terbaik pangajaran dan pembelajaran (PdP); 3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negara (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong harlan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan 3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana biiik darjah dan sekokah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid. KONSEP PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui: a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Elemen Kemenjadian Murid: Elemen Sekolah Berkualiti: LOGO PROGRAMJAWATANKUASA ALIRAN KERJA PROGRAM TS25Info Pendidikan
Program Transformasi Sekolah 2025 Selamat Datang Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Ringkasan Sidang Media Menteri Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah PdPR: Guru tekad teruskan pengajaran dengan kreativiti Anak kena rehat 5-10 minit selepas setiap 25 minit sesi belajar, kalau anak stres bagi dia bertenang Pengoperasian Sekolah Oktober 2021 oleh Dr. Radzi Jidin GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DALAM NORMA BAHARU 2.0 Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2.0 Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Semasa Cuaca Panas 2023 |