Tiada vaksin, tiada sekolah: PIBG setuju saranan PERDIMPersatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju dengan cadangan penggiat industri kesihatan, agar anak-anak yang tidak menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan bersekolah. Presiden persatuan ibu bapa dan guru nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata cadangan itu diterima baik, mengambil kira kesan masa panjang dan pendek terhadap kesihatan anak-anak yang tidak divaksin dan yang telah divaksin. Katanya, dari segi jangka masa panjang juga, keperluan vaksin adalah penting bagi memudahkan urusan sekiranya kanak-kanak itu mahu melancong ke luar negara. “Untuk kita memastikan anak-anak kita sihat berterusan sepanjang masa dan tumbesarannya sihat, maka saya bersetuju atas saranan untuk diwajibkan vaksin kepada anak-anak. “Manakala anak-anak yang tidak divaksin tidak dibenarkan ke sekolah kerana dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada persekitaran dan kepada anak-anak yang telah divaksin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu. Pada Isnin, Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menggesa agar suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia telah melibatkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik. PIBG
Dokumen Popular
PELAN STRATEGIK SEKOLAH 2021 - 2025 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah Sejarah Penubuhan Program Transformasi Sekolah 2025 PERJALANAN TERAKHIR KE SYURGA ABADI PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK 2021 Selamat Datang Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Sekapur Sireh dari Guru Besar Logo Sekolah Piagam Sekolah |