Pelancaran Madrasah Ramadan 1443 H

Pada 1 April 2022, telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serentak dengan Madrasah Ramadan 1443H.

Majlis ini telah diadakan di Dataran Sedamai dan dihadiri oleh barisan pentadbir, guru-guru dan semua murid.

Perasmian dan pelancaran telah dilakukan oleh Guru Besar, En. Ahmad Azizi bin Alias dengan jayanya.

Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan bagi mengisi masa murid-murid dan guru ketika bulan Ramadan, antaranya Tadarus Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan sebagainya.

"Ramadan Mendidik Jiwa Bertaqwa"