Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 2022

Penutupan Program Transisi Tahun 1
 
Tarikh: 15 Aprill 2022
Tempat: Dewan Gemilang
 
Program Transisi yang dilaksanakan selama 4 minggu ini bertujuan untuk:
  1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di Tahun 1.
  2. Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri dalam pembelajaran seterusnya.
  3. Memberi penekanan dalam aspek sosio emosi, kognitif, dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, dan nilai.
  4. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
  5. Membantu murid mengurus diri sendiri.