Apa itu myPORTFOLIO?Kerajaan Malaysia komited untuk mempunyai pentadbiran dan pengurusan yang efisien serta telus bagi melaksanakan tanggunggjawab, mandat dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat. Sebuah agensi kerajaan telah diwujudkan khusus untuk mentransformasi dan menambah baik mutu perkhidmatan awam iaitu Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Menyahut seruan itu MAMPU terus menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan pelbagai program pembaharuan untuk meningkatkan prestasi kerja perkhidmatan awam. Terkini pada bulan Julai 2018, MAMPU telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam bagi menggantikan PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
Inisiatif ini dijalankan selaras dengan perubahan semasa merangkumi era teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan juga Revolusi Perindustrian Ke-empat. Pendekatan baharu ini juga bertujuan membantu pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara lebih komprehensif dan teratur khususnya dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur dan proses kerja di peringkat jabatan mahupun individu.
myPortfolio akan digunakan sebagai dokumen rujukan rasmi yang menjelaskan secara teliti maklumat mengenai pewujudan jawatan, proses melaksanakan kerja serta panduan menjalankan tugas bagi setiap jawatan yang ada dalam organisasi tersebut. Menurut MAMPU ianya boleh digunakan sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.
Dokumen Popular
PELAN STRATEGIK SEKOLAH 2021 - 2025 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah Sejarah Penubuhan Program Transformasi Sekolah 2025 PERJALANAN TERAKHIR KE SYURGA ABADI PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK 2021 Selamat Datang Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Sekapur Sireh dari Guru Besar Logo Sekolah Piagam Sekolah |