.jpg)
Majlis Penutup Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Madrasah Ramadan 2023 telah diadakan pada 18 April 2023 di Dewan Gemilang SK Desa Amanpuri.
Program dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh murid-murid yang telah berjaya khatam Al-Quran.
Seterusnya program diteruskan dengan ucapan penutup oleh En. Ahmad Azizi bin Alias, Guru Besar SK Desa Amanpuri.
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang Madrasah Ramadan 2023.
Tahniah kepada semua yang terlibat sepanjang Madrasah Ramadan 2023.