Aqua SeDAmai, Satu Tarikan Baru kepada Warga SeDAmaiSekolah Kebangsaan Desa Amanpuri, Kepong telah mewujudkan satu ruangan yang dinamakan Aqua Sedamai bagi mendedahkan kepada murid kepentingan mengenali dan menjaga khazanah lautan agar sentiasa terpelihara dan terjaga. Idea ini telah dicetuskan oleh tuan guru besar, En. Ahmad Azizi bin Alias untuk melihat hidupan laut dapat dipaparkan di sepanjang koridor sekolah. Walaupun ia hanya sekadar cetakan, namun pihak sekolah berharap agar impak yang positif dapat diperoleh oleh warga sekolah untuk menjaga dan mengenali lautan. Menyahut kepada kempen Sustainable Development Goals (SDG), pihak sekolah telah memilih Goal 14 iaitu Life Below Water untuk menerangkan bagaimana komuniti sekolah menjaga kepentingan lautan dengan sebaiknya. Ruangan ini memaparkan hidupan laut yang sangat cantik dan sasaran masyarakat bagaimana untuk sentiasa memelihara khazanah lautan setiap masa. Semoga dengan ruangan Aqua Sedamai ini dapat mendidik murid-murid dan warga sekolah terhadap kepentingan menjaga lautan dan hidupannya dengan cara yang terbaik.
Berita
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK 2021 Penyertaan Kad Ucapan Terima Kasih Cikgu Pelancaran Minggu Panitia Sains 2021 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 2021 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana 2021 Food Aid Distribution in Kepong Tabung Prihatin COVID-19 Tahun 2021 Pelancaran Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas 2021 Sambutan Israk dan Mikraj 2021 Dokumen Popular
|