NAIB JOHAN BOLA BALING MSSD GOMBAK 2024 (PEREMPUAN U12)

 

Pada 15 hingga 19 Julai 2024, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Gombak. Kejohanan tersebut berlangsung di SK (2) Taman Selayang, di mana SK Taman Seri Gombak selaku tuan rumah untuk kejohanan pada kali ini. 

SK Desa Amanpuri telah menghantar dua pasukan iaitu Pasukan Lelaki dan Pasukan Perempuan. Setiap pasukan diwakili oleh 14 orang murid dari kalangan murid tahun 5 dan 6.

Pencapaian : Pasukan Lelaki berjaya mara ke Pusingan Kedua. Namun saingan pasukan lelaki terhenti sehingga pusingan kedua apabila tewas 5-13 kepada pasukan dari SK Gombak Setia.

SKDA (6) vs (7) SK 1 SELAYANG BARU

SK KEPONG (0) vs (6) SKDA

SKDA (4) vs (5) SK 2 TMN SELAYANG

Pencapaian : Pasukan Perempuan pula telah memenangi 1 perlawanan, 1 seri dan 1 kalah di peringkat kumpulan dan menjadi Naib Johan Kumpulan D. Melayakkan pasukan untuk meneruskan perjuangan di peringkat pusingan kedua bertemu dengan SK Taman Seri Gombak seterusnya mengalahkannya dengan keputusan 1-3 dan melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir  bertemu dengan SK Bandar Tasik Puteri. Keputusan perlawanan berpihak kepada SK Desa Amanpuri dengan keputusan 2-1. Alhamdulillah, kita layak ke Separuh Akhir dan bertemu dengan pasukan dari SK Gombak Setia.  Kemenangan dengan SK Gombak Setia 3-1, melayakkan SKDA mara ke pusingan akhir bertemu dengan SK Lembah Keramat yang berkesudahan 14-4. SKDA menjadi Naib Johan kategori perempuan bawah 12 tahun MSSD Gombak 2024. Tahniah!

SKDA (3) vs (3) SK Bandar Tasik Puteri

SKDA (6) vs (8) SK Gombak Setia

SK Merbau Sempak (2) vs (6) SKDA

Pusingan Kedua: SK Tmn Seri Gombak (1) vs (3) SKDA

Pusingan Suku AKhir : SKDA (2) vs (1) SK Bandar Tasik Puteri

Pusingan Separuh Akhir : SKDA (3) vs (1) SK Gombak Setia

Pusingan Akhir : SKDA (4) vs (14) SK Lembah Keramat

Walaubagaimanapun, Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan bola baling sekolah kerana menunjukkan semangat perjuangan dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung.