KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSD GOMBAK 2024. Pada 15 hingga 19 Julai 2024, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Gombak. Kejohanan tersebut berlangsung di SK (2) Taman Selayang, di mana SK Taman Seri Gombak selaku tuan rumah untuk kejohanan pada kali ini. SK Desa Amanpuri telah menghantar dua pasukan iaitu Pasukan Lelaki dan Pasukan Perempuan. Setiap pasukan diwakili oleh 14 orang murid dari kalangan murid tahun 5 dan 6. Pencapaian : Pasukan Lelaki berjaya mara ke Pusingan Kedua. Namun saingan pasukan lelaki terhenti sehingga pusingan kedua apabila tewas 5-13 kepada pasukan dari SK Gombak Setia. SKDA (6) vs (7) SK 1 SELAYANG BARU SK KEPONG (0) vs (6) SKDA SKDA (4) vs (5) SK 2 TMN SELAYANG Pencapaian : Pasukan Perempuan pula telah memenangi 1 perlawanan, 1 seri dan 1 kalah di peringkat kumpulan dan menjadi Naib Johan Kumpulan D. Melayakkan pasukan untuk meneruskan perjuangan di peringkat pusingan kedua bertemu dengan SK Taman Seri Gombak seterusnya mengalahkannya dengan keputusan 1-3 dan melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir bertemu dengan SK Bandar Tasik Puteri. Keputusan perlawanan berpihak kepada SK Desa Amanpuri dengan keputusan 2-1. Alhamdulillah, kita layak ke Separuh Akhir dan bertemu dengan pasukan dari SK Gombak Setia. Kemenangan dengan SK Gombak Setia 3-1, melayakkan SKDA mara ke pusingan akhir bertemu dengan SK Lembah Keramat yang berkesudahan 14-4. SKDA menjadi Naib Johan kategori perempuan bawah 12 tahun MSSD Gombak 2024. Tahniah! SKDA (3) vs (3) SK Bandar Tasik Puteri SKDA (6) vs (8) SK Gombak Setia SK Merbau Sempak (2) vs (6) SKDA Pusingan Kedua: SK Tmn Seri Gombak (1) vs (3) SKDA Pusingan Suku AKhir : SKDA (2) vs (1) SK Bandar Tasik Puteri Pusingan Separuh Akhir : SKDA (3) vs (1) SK Gombak Setia Pusingan Akhir : SKDA (4) vs (14) SK Lembah Keramat Walaubagaimanapun, Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan bola baling sekolah kerana menunjukkan semangat perjuangan dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Berita
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK 2021 Pelancaran Minggu Panitia Sains 2021 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 2021 Food Aid Distribution in Kepong Penyertaan Kad Ucapan Terima Kasih Cikgu Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana 2021 Pelancaran Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas 2021 Sambutan Israk dan Mikraj 2021 Tabung Prihatin COVID-19 Tahun 2021 |