KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 11 TAHUN MSSD GOMBAK 2025

Pada 3 hingga 6 November  telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling Bawah 11 Tahun MSSD Gombak. Kejohanan tersebut berlangsung di SK (2) Taman Selayang.

SK Desa Amanpuri telah menghantar dua pasukan iaitu Pasukan Lelaki dan Pasukan Perempuan. Setiap pasukan diwakili oleh 14 orang murid dari kalangan murid tahun 4 dan 5.

Pencapaian : Pasukan Perempuan hanya bersaing di peringkat kumpulan sahaja dengan keputusan seperti berikut:

SKDA (1) vs (4) SK SUNGAI PUSU

SK SUNGAI BULOH (7) vs (4) SKDA

SKDA (0) vs (6) SK LEMBAH KERAMAT

Pencapaian :

Pasukan Lelaki pula telah memenangi ketiga-tiga perlawanan di peringkat kumpulan dan menjadi Johan Kumpulan. sekaligus melayakkan pasukan untuk meneruskan perjuangan di peringkat pusingan Suku Akhir bertemu dengan SK Sungai Tua Baharu seterusnya mengalahkannya dengan 6-4. Ini melayakkan pasukan kita mara ke peringkat separuh akhir  bertemu dengan SK Kepong. Keputusan perlawanan berpihak kepada SK Desa Amanpuri dengan keputusan 8-6. Alhamdulillah, kita layak ke Pusingan Akhir bertemu dengan pasukan dari SK 2 Taman Selayang yang  berkesudahan 8-6 sekaligus menjadikan  SKDA Johan kategori lelaki bawah 11 tahun MSSD Gombak 2025. Tahniah!

SKDA (9) vs (2) SK LEMBAH KERAMAT

SKDA (7) vs (4) SK TAMAN SELASEH

SK SELAYANG BARU 2 (5) vs (10) SKDA

Pusingan Suku Akhir : SKDA (6) vs (4) SK Sungai Tua Baharu

Pusingan Separuh Akhir : SKDA (8) vs (6) SK Kepong

Pusingan Akhir : SKDA (8) vs (6) SK 2 Taman Selayang

Walaubagaimanapun, Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan bola baling sekolah kerana menunjukkan semangat perjuangan dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung.