Taklimat COVID-19 bersama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Maklumat yang diperolehi hasil daripada Taklimat Covid 19 bersama Pejabat Kesihatan Daerah telah menetapkan:-

  1. Semua guru, staf, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan mesti scan My Sejahtera, melakukan imbasan suhu setiap kali hadir ke sekolah. (Tindakan kompaun akan dikenakan jika gagal berbuat demikian)
  2. Semua guru hendaklah mengisi My Sejahtera untuk penerimaan vaksin Covid 19 yang dijangka akan diberikan sedikit masa lagi.
  3. Semua guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa yang hendak berurusan dengan pihak sekolah supaya melakukan imbasan suhu, scan My Sejahtera, mengambil pas kebenaran masuk di pondok pengawal dan terus ke pejabat. Segala urusan hendaklah dilakukan di pejabat sahaja dan tidak dibenarkan di tempat yang  lain dalam kawasan sekolah sebagai langkah keselamatan untuk semua warga sekolah.

Harap maklum.