Hari KiamatBeriman kepada hari kiamat adalah sebahagian dari akidah yang wajib diyakini. Mengingkarinya akan merosakkan iman seseorang kerana ia bersabit dengan dalil syarak yang qat'ie. Hari Kiamat adalah hari yang sangat dahsyat dimana dunia ini akan hancur lebur dan musnah sepenuhnya. TEORI SAINTIS Dari segi logiknya dengan keadaan yang dapat diperhatikan oleh sesiapa sahaja manusia yang hidup di dunia ini, maka kehancuran dunia ini tidak dapat dinafikan dan ditolak. Antara contoh yang kita boleh ambil berdasarkan ramalan dan kajian oleh para saintis bahawa pemanasan global dunia ini akibat dari hakisan lapisan ozon akan menyebabkan kutub utara mencair sepenuhnya kurang dari 40 tahun akan datang. Ini menyebabkan paras laut meningkat dimana kesannya akan menyebabkan banyak pulau-pulau hilang dari peta dunia. RAMALAN-RAMALAN MANUSIA Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak sekian lama. Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012. Itu penegasan pakar-pakar Maya yang mengetepikan sebarang kepercayaan bahawa kaum Maya purbakala telah meramalkan dunia akan kiamat dengan malapetaka buruk pada Disember 2012. Perkara itu juga telah digambarkan menerusi filem "2012" mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dua tahun lalu.Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Ia mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar. Pada tanggal 21 Disember 2012 bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet. Kalendar itu menyebut bahawa detik itu akan membawa kembali Bolon Yokte, dewa Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan. Penulis Jose Arguelles merumuskan tarikh penghujung masa "yang kita ketahui" dalam buku 1987, yang spekulasinya menjurus kepada akhiran pergolakan dahsyat. Bagaimanapun pakar-pakar yang mengadakan mesyuarat mereka di bandar raya Maya di selatan Mexico menjelaskan, ia hanya menggambarkan pengakhiran satu tempoh penciptaan dan permulaan kepada yang baru. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan agensi angkasa antarabangsa lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menafikan kewujudan Planet Nibiru kerana tiada bukti saintifik mengenainya. Ketua Unit Penyelidikan Sains ANGKASA, Mohd Fairos Asillam menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili di Dewan Negara, mengenai dakwaan bahawa Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 adalah tidak benar. AL-QURAN DAN SUNNAH PANDUAN TERBAIK Di dalam al-Quran dan As-Sunnah banyak menjelaskan tentang Hari Kiamat. Surah al-A'raf ayat 187 telah menjelaskan: "Mereka bertanya kepadamu ( wahai Muhammad) tentang hari Kiamat, "Bilakah terjadinya?" Katakanlah, "sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada disisi Tuhanku, tidak ada sesiapapun yang dapat menjelaskan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (huru hara) hari kiamat itu amatlah berat( menggerunkan makhluk-makhluk yang ada ) di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. "Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, "sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" Pengetahuan tentang hari Kiamat adalah perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah Taala. Tidak seorangpun makhluk Allah yang mengetahuinya samaada para nabi dan malaikat Allah. Ia merupakan rahsia daripada rahsia-rahsia Allah s.w.t. Ketika malaikat Jibril datang bertanya kepada nabi tentang bilakah kiamat, nabi bertanya semula kepada Jibril a.s, bahawa tentunya orang yang bertanya (iaitu Jibril) lebih mengetahui dari orang yang ditanya (iaitu baginda nabi s.a.w). Maka Jibril bertanyakan kepada nabi tentang tanda-tanda kiamat. Maka nabi menjawab: "Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan". "Maka apa lagi yang mereka tunggu-tunggu selain hari Kiamat, yang akan datang kepada mereka secara tiba-tiba, kerana tanda-tandanya sungguh telah datang. Maka apa gunanya bagi mereka kesedaran mereka itu, apabila (hari Kiamat) itu sudah datang?" ( Surah Muhammad:18) Ayat di atas menyatakan tentang kiamat akan datang secara tibab-tiba, namun dinyatakan sesudahnya tentang tanda-tanda kedatangan kiamat. Maknanya hampirnya kiamat dilihat apabila tanda-tandanya telah berlaku samaada tanda kecil atau pun tanda besar. Apabila telah muncul tanda Kiamat besar yang pertama maka tanda-tanda yang lain akan mengikutinya seperti rangkaian marjan (mutiara) yang dirangkai dengan tali atau lainnya. Imam Thabari meriwayatkan di dalam Al-Ausath dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w baginda bersabda: "Keluarnya tanda hari Kiamat itu adalah sebahagian demi sebahagian berturutan seperti rangkaian marjan yang dirangkai dengan tali" Apabila telah keluarnya tanda besar kiamat, maka dunia ini akan hancur lebur dan musnah sama sekali. Ia merupakan hari yang paling dahsyat, sebagaimana yang telah digambarkan oleh Allah dalam al-Quran al-Karim dlam Surah al-Hajj ayat 1-2: " Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu, sesungguhnya goncangan kiamat itu adalah suatu (kejadian) yang sangat besar. (Ingatlah) pada hari ketika kamu melihatnya (goncangan itu), semua wanita yang menyusui anaknya akan lalai terhadap anak yang disusuinya dan setiap wanita yang hamil akan keguguran kandungannya dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras". TANDA-TANDA KIAMAT Tanda-tanda kecil Kiamat amatlah banyak dan kesemuanya telah berlaku diantaranya ialah: 1. Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." ( Riwayat Bukhari ) 2. Zina bermaharajalela "Dan tinggallah manusia yang buruk, yang melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." ( Riwayat Muslim ) 3. Bermaharajalela alat muzik "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" (Riwayat Ibnu Majah ) 4. Menghias dan berbangga dengan masjid "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" (Riwayat Nasai). 5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." (Riwayat Ahmad dan Hakim ). 6. Ramai orang soleh meninggal dunia "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" (Riwayat Ahmad) 7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" 8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." ( Riwayat Ahmad ) 9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaa seperti bertelanjang". 10. Bulan sabit kelihatan besar "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." 11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" ( Riwayat Muslim ) 12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." ( Riwayat Ahmad ) 13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" (Riwayat Muslim) 14. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda "Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." ( Riwayat Abu Daud dan Nasai) 15. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam "Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." (Riwayat Tarmizi) Tanda-tanda besar Kiamat Dari An-Nawwas bin Sam'an r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajjal serta menyatakan:... "Sebenarnya Dajjal itu seorang muda yang rambutnya keriting, biji matanya timbul (buta sebelah)...sebenarnya ia akan keluar di satu jalan di antara Syam dengan Iraq serta ia akan melakukan kerosakan diserata tempat yang ia sampai kepadanya ( dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan, mewah makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya, susah meleset, dandengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan hazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur, juga menjadikan orang yang muda kuat dan gagah terpenggal badannya dan dicampakkan yang satu jauh dari yang satu lagi kemudian diserunya, kemudian kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya, demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukan ke dalam syurganya yang merasai oleh orang itu sebagai nerakanya, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga dan lain-lain lagi". Nabi Saw bersabda lagi: " Wahai sekalian hamba Allah!Setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, janganlah terpengaruh dengan dakwaannya." Kami bertanya :"Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharaja lela di muka bumi". Baginda s.a.w menjawab: "empat puluh hari, hari yang pertama panjangnya seperti sertahun, dan hari yang kedua panjangnya seperti sebulan, dan hari yang ketiga seperti seminggu manakala hari-hari lain, seperti hari-hari kamu yang biasa." kami bertanya lagi:"Ya Rasulullah!jika demikian hari yang panjangnya seperti setahun itu misalnya cukupkah kami mengerjakan sembahyang untuk sehari?. Baginda s.a.w menjawab: "Tidak" tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang sekadar masa yang biasa kamu lakukan,"... baginda nabi s.aw menerangkanlagi:" Semasa dajjal itu bermaharaja lela Allah menghantar turun nabi Isa al-maseh anak Maryam lalu ia turun berhampiran dengan Menara Putih yang letaknya di timur bandar Damsyik... maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: Ludd, lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana dajjal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu nabi Isa hapuskan kesan keduakaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: bahawa dajjal telaj pun dibunuh, serta menggembirakan mereka dengan darjar-darjat keduidukan mereka dalam syurga. Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada nabi Isa denga firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan dari hamba-hambaku ( Yakjuj dan Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapapun memerangi mereka, oleh itu maka bawalah hamba-hambaku yang bersamamu berlindung di Bkt Tursina, dan Allah keluarkan Yakjuj dan makjuj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi." Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seratus dinar kepada seorang kamu sekarang. Lalu nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka. Lalu Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher yakjuj dan makjuj lalu mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tiada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai yakjuj dan makjuj itu. Maka nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah hantarkan kumpulan burung-burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ketempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci mukabumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.Keemudian Tuhan berfirman kepada bumi: " Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahanmu dan kembalikan segala nikmatmu. Maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleg berteduh dengan kulitnya, dan pada masa itu juga diberkatkan tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan mencukupi untuk diminum satu kaum yang besar jumlahnya. Dan susu seekor lembu perahanmencukupi untuk diminum oleh satu kabilah dan susu seekor kambing perahan mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum. Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik. Lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik mukmin dan muslimdan tinggallah sahaja orang-orang yang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiridan berhubungan jenis seperti haiwan , maka zaman mereka inilah berlakunya kiamat". Pada satu riwayat yang lain:"Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk dan nyaman yang datang nya dari arah negeri syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorangputerdapat dalam hatinya seberat zarrah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu". Nabi s.a.w bersabda lagi:"maka tingglah sahaja orang-orang yang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan seperti burung terbang, dan yang menceroboh dan menzalimi satyu sama lain seperti binatang buas , mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya:" Tidak malaukah kamu meninggalkan diri mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka bertanya: "jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri kepada tuhan, mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah kemudian di tiup sangkakala yang pertama yang mematikan segala yang bernyawa..." (Hadis riwayat Muslim) Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". ( Riwayat Muslim) Berdasarkan kepada hadis di atas, maka tanda besar kiamat adalah sebagaimana berikut: 1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. 2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. 3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. 4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. 5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. 6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. 7. Gempa bumi di Timur. 8. Gempa bumi di Barat. 9. Gempa bumi di Semenanjung Arab. 10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. AL-MAHDI Walaupun al-Mahdi tidak terdapat dalam sepuluh tanda besar berlakunya hari Kiamat namun terdapat banyak hadis-hadis yang sahih menceritakan perihal al-Mahdi. Al-mahdi adalah seorang lelaki dari kalangan ahli bait nabi yang akan lahir pada akhir zaman iaitu dari keturunan Hasan putera Saidina Ali, cucu Rasullullah s.a.w yang menyamai dengan nama nabi dan nama bapanya iaitu Muhammad bin Abdullah. Banyak terdapat hadis yang sahih menyebutkan tentang mahdi diantaranya ialah: 1. Dari Tsauban r.a bahawa nabi telah bersabda: "Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun diantara mereka yang berjaya menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur lantas mereka membunuh kamu dengan satu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. " Kemudian baginda s.a.w menyebutkan sesuatu yang akau tidak hafal lalu bersabda; "Maka jika kamu melihatnya berbai'atlah walaupun dengan merangkak di atas salji kerana ia adalah khalifah Allah al-Mahdi" 2. Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda: "Pada masa akhir umatku akan muncul al-mahdi. Pada waktu itu Allah menurunkan banyak hujan, bumi menum,buhkan tumbuh-tumbuhan, memberikan banyak harta (penghasilan), banyak binatang ternakan, umat menjadi mulia dan dia hidup selama tujuh atau lapan tahun"( Mustadrak al-hakim) 3. Dari Ali r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Al-Mahdi itu dari golongan ahli bait. Allah membaiki dalam satu malam"( Musnad Ahmad) 4. Dari Abu Said al-Khudri r.a, ia berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Al-Mahdi itu dari keturunanku, lebar dahinya dan mancung hidungnya. Ia memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan kezaliman dan penganinayaan. Ia berkuasa selama tujuh tahun"(Sunan Abu Daud) 5. Dari jabir r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Isa bin Maryam akan turun, lalu pemimpin mereka,Al-mahdi berkata: "Marilah solat bersama kami", Isa menjawab, Tidak! Sesungguhnya sebahagian mereka menjadi amir(pemimpin) bagi sebahagian yang lain sebagai penghormatan dari Allahkepada umat ini" (Riwayat al-Haris bin Abu Usamah) 6. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah dunia akan lenyap sehingga negeri Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli baitku yang namanya sama dengan namaku" (Musnad Ahmad) dalamriwayat lain: "Menyamai namanya dengan namaku dan nama bapaku"( Sunan Abu Daud) Wallahua'lam. Disediakan oleh: Ustaz Khairuddin Bin Haiyon Surau Al-Amaniah
PERJALANAN TERAKHIR KE SYURGA ABADI Hari Kiamat Hebatnya Ramadan Ramadan: Bulan Kesabaran BINGKISAN BUAT MEREKA YANG AMAT TERTEKAN HINGGA BERCADANG MEMBUNUH DIRI Ini Doaku oleh Senator Dr Zulkifli Al-Bakri Fiqh Covid-19 oleh Senator Dr Zulkifli Al-Bakri Majalah Ramadanku Siri 2 Majalah Ramadanku Siri 1 |