Pelancaran Madrasah Ramadan 1442H / 2021M

Pada 9 April 2021, telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serentak dengan Madrasah Ramadan 1442H.

Majlis ini telah diadakan di Dewan Gemilang dan dihadiri oleh barisan pentadbir, guru-guru dan murid-murid tahun 6.

Perasmian dan pelancaran telah dilakukan oleh Guru Besar, En. Ahmad Azizi bin Alias dengan jayanya.

Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan bagi mengisi masa murid-murid dan guru ketika bulan Ramadan, antaranya Tadarus Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan sebagainya.

"Andai ini Ramadan Terakhir"