Gerak Kerja PengakapProgram Pengakap secara ringkasnya boleh ditafsirkan sebagai sesuatu secara keseluruhan keatas apa yang dilakukan oleh pengakap didalam pengakapan (gerak kerja), bagaimana ianya dilakukan (kaedah pengakap) dan mengapa ianya dilakukan (tujuan). Program Pengakap dalam kepengakapan merangkumi keseluruhan jangkamasa pengalaman seseorang ahli didalam pergerakan, bermula semasa ia mula-mula menganggotai (ketika ia berumur 8 tahun sebagai Pengakap Kanak-Kanak) dan berakhir semasa ia meninggalkan keanggotaannya ketika ia berumur 18 tahun sebagai Pengakap Remaja atau ketika ia berumur 27 tahun sebagai Kelana). Ia adalah satu proses secara berperingkat-peringkat pembelajaran dan pembangunan peribadi melalui rekreasi pada kebanyakkan gerak kerjanya. Apa Program Pengakap dalam kepengakapan merangkumi segala gerak kerja - gerak kerja yang dilakukan oleh pengakap dalam pengakapan; berkhemah dan gerak kerja luar, perkhidmatan masyarakat dan projek pembangunan masyarakat, perolehan lencana-lencana, permainan, upacara dan istiadat, mesyuarat patrol dan kumpulan, dan sebagainya. kesemuanya mestilah: menarik dan mencabar kepada ahli Pengakap. Bagaimana Program Pengakap dalam kepengakapan mempunyai satu ukuran asas yang menentukan bagaimana ianya dilakukan: Kaedah Pengakap. Satu sistem pendidikan kendiri yang berperingkat-peringkat melalui:
Mengapa Program Pengakap dalam kepengakapan adalah berdasarkan kepada prinsip Kepengakapan itu sendiri (tanggunggajawab kepada Tuhan, tanggungjawab kepada masyarakat dan tanggungjawab kepada diri sendiri) dan ia adalah demi untuk mencapai tujuan pengakap itu sendiri: menyumbang kepada pembangunan golongan muda remaja didalam mencapai sepenuhnya aspek-aspek fizikal, daya fikir, pergaulan dan potensi kerohaniannya sebagai seorang individu, sebagai seorang warga negara yang bertanggungjawab dan sebagai seorang anggota kepada masyarakat setempat, negara dan antarabangsa. Melaluinya, Pengakap menyediakan ahli-ahlinya satu proses pembangunan peribadi untuk membantu mereka menjadi warga negara yang baik kepada masyarakatnya, negaranya dan dunia secara keseluruhannya. Kokurikulum
Sejarah Penubuhan Pengakap Malaysia Carta Organisasi Kokurikulum Sekapur SIreh PK Kokurikulum Pembangunan Bola Sepak Elit Remaja Jepun Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Buku Panduan Pengakap Gerak Kerja Pengakap Buku Panduan Sukan Bola Sepak Contoh Gerak Kerja Persatuan Agama Islam KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSD GOMBAK 2023 |