KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSD GOMBAK 2023Pada 10 hingga 14 Julai 2023, telah berlangsungnya Kejohanan Bola BAling Bawah 12 Tahun MSSD Gombak. Kejohanan tersebut berlangsung di SK (2) Taman Selayang selaku tuan rumah untuk kejohanan pada kali ini. SK Desa Amanpuri telah menghantar dua pasukan iaitu Pasukan Lelaki dan Pasukan Perempuan. Setiap pasukan diwakili oleh 14 orang murid dari kalangan murid tahun 5 dan 6. Pencapaian : Pasukan Perempuan berjaya mara ke Pusingan Kedua. Namun saingan pasukan perempuan terhenti sehingga pusingan kedua apabila tewas 0-6 kepada pasukan dari SK Gombak Setia. Pencapaian : Pasukan Lelaki telah memenangi semua perlawanan di peringkat kumpulan dan menjadi Johan Kumpulan I. Melayakkan pasukan untuk meneruskan perjuangan di peringkat pusingan kedua bertemu dengan SK Selayang Baru 2 seterusnya mengalahkannya dengan keputusan 9-3 seterusnya melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir bertemu dengan SK Merbau Sempak. Keputusan perlawanan berpihak kepada SK Desa Amanpuri dengan keputusan 8-5. Alhamdulillah, kita layak ke Separuh Akhir dan bertemu dengan pasukan dari SK Gombak Setia. Kekalahan 4-6 dengan SK Gombak Setia, meletakkan SK Desa Amanpuri di tempat ketiga dalam kejohanan ini. Walaubagaimanapun, Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan bola baling sekolah kerana menunjukkan semangat perjuangan dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung. Kokurikulum
Sejarah Penubuhan Pengakap Malaysia Sekapur SIreh PK Kokurikulum Buku Panduan Pengakap Pembangunan Bola Sepak Elit Remaja Jepun Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Gerak Kerja Pengakap Buku Panduan Sukan Bola Sepak Contoh Gerak Kerja Persatuan Agama Islam KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSD GOMBAK 2023 CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2025 Dokumen Popular
PELAN STRATEGIK SEKOLAH 2021 - 2025 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah Sejarah Penubuhan Program Transformasi Sekolah 2025 PERJALANAN TERAKHIR KE SYURGA ABADI PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK 2021 Selamat Datang Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Sekapur Sireh dari Guru Besar Logo Sekolah Piagam Sekolah |