COVID-19: Perpustakaan Negara tawar 13.2 juta bahan bacaan digital secara percumaPerpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan kempen 'Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku' ketika seluruh rakyat diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan sejak tengah malam tadi. Menerusi akaun Instagram rasminya, PNM memaklumkan rakyat Malaysia boleh mengakses 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma di www.u-pustaka.gov.my. Sebagai langkah keselamatan berikutan penularan wabak COVID-19, PNM memaklumkan pihaknya menghentikan semua perkhidmatan perpustakaan negara, komuniti dan desa sehingga 30 April. Selain itu semua program dan aktiviti yang dijalankan oleh PNM pada bulan Mac turut ditangguhkan sehingga 30 April. Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan berkenaan dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah itu meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta, institusi pengajian tinggi (IPT). Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai. Pusat Sumber
Memupuk budaya membaca ke arah kecemerlangan negara Dasar Pusat Sumber Sekolah Kadar literasi rakyat Malaysia hampir 95 peratus - Perpustakaan Negara Fungsi Pusat Sumber PKPP: Perpustakaan terap pelbagai inisiatif, ikut SOP COVID-19: Perpustakaan Negara tawar 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma JADUAL PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SESI 2024/2025 Dokumen Popular
PELAN STRATEGIK SEKOLAH 2021 - 2025 Program Transformasi Sekolah 2025 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah Sejarah Penubuhan Sekapur Sireh dari Guru Besar PERJALANAN TERAKHIR KE SYURGA ABADI Selamat Datang Pengarah Pendidikan Negeri Selangor PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK 2021 Logo Sekolah Sejarah Penubuhan Pengakap Malaysia |