Kadar literasi rakyat Malaysia hampir 95 peratus - Perpustakaan NegaraKadar literasi rakyat Malaysia secara umumnya sudah menjangkau 94.64 peratus berdasarkan laporan yang dikeluarkan badan antarabangsa, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Nafisah Ahmad. Beliau berkata laporan ‘Adult and Youth Literacy : National Regional and Global Trends 1985-2015’ yang diterbitkan oleh UNESCO Institute for Statistic (UIS) mengklasifikasikan peratusan itu terhadap literasi dalam kalangan rakyat berumur 15 tahun ke atas di Malaysia. “Tahap pengukuran yang ditetapkan oleh UIS agak tinggi dan kita merujuk kepada laporan mereka bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya kepada Bernama mengulas laporan media baru-baru ini berhubung kadar literasi rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap 55 peratus. Sehubungan itu, Nafisah berkata tumpuan PNM ketika ini adalah untuk meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap kurang memuaskan. “Secara purata, setiap penduduk di Malaysia hanya membaca sebanyak 15 buah buku setahun berdasarkan kajian interim tabiat membaca yang PNM lakukan pada 2014. Jadi perkara yang kita pentingkan sekarang adalah untuk membangunkan masyarakat Malaysia yang mempunyai budaya membaca yang lebih tinggi,” katanya. Pusat Sumber
Memupuk budaya membaca ke arah kecemerlangan negara Dasar Pusat Sumber Sekolah Kadar literasi rakyat Malaysia hampir 95 peratus - Perpustakaan Negara Fungsi Pusat Sumber PKPP: Perpustakaan terap pelbagai inisiatif, ikut SOP COVID-19: Perpustakaan Negara tawar 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma JADUAL PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SESI 2024/2025 Dokumen Popular
PELAN STRATEGIK SEKOLAH 2021 - 2025 Program Transformasi Sekolah 2025 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah Sejarah Penubuhan PERJALANAN TERAKHIR KE SYURGA ABADI Sekapur Sireh dari Guru Besar Selamat Datang Pengarah Pendidikan Negeri Selangor PELANCARAN MINGGU PANITIA MATEMATIK 2021 Logo Sekolah Sejarah Penubuhan Pengakap Malaysia |